Pendatang Yahudi Bakar Keluarga Palestin

NABLUS ,31 Julai 2015 (Maan) — Sekumpulan pendatang Yahudi membakar hidup-hidup seorang kanak-kanak berumur 18 bulan dan mencederakan tiga ahli keluarganya apabila mereka membakar sebuah rumah keluarga Palestin di perkampungan Kfar Douma di Nablus, Tebing Barat.

Ali Saad Dawabsha meninggal dunia akibat kecederaan parah. Manakala ibubapanya, Riham dan Saad, dan abangnya Ahmad, 4 tahun, turut cedera parah dan dibawa ke sebuah hospital berdekatan.

Pendatang Yahudi dari penempatan berdekatan juga menyerang dan membakar sebuah lagi rumah berdekatan pintu masuk perkampungan tersebut, yang didiami oleh keluarga Maamoon Rashid Dawabsha.

Empat orang pendatang Yahudi dilaporkan melarikan diri ke kawasan penempatan Maale Efrayim berikutan kejadian tersebut.

Menurut saksi, Musallem Dawabsha, 23 tahun, pendatang Yahudi memecahkan tingkap rumah sebelum menyimbah minyak dan membaliing bom molotov.

Pelampau turut melukis grafiti “balas dendam” dalam bahasa Hebrew berdekatan rumah mangsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts