Pendatang Yahudi Bakar Masjid

RAMALLAH, 12 Nov 2014 (Ma’an) — Sekumpulan pendatang Yahudi membakar sebuah masjid di perkampungan al-Mughayyir di Ramallah awal pagi semalam.

Kejadian itu disedari apabila para jemaah masjid yang datang ke masjid pada jam 4:30 pagi untuk menunaikan solat Subuh , di mana asap dan api kelihatan di tingkat atas bangunan dua tingkat itu.

Tingkat bawah masjid dilaporkan rosak teruk. Pendatang Yahudi menulis slogan perkauman dalam bahasa Hebrew di dinding bahagian luar masjid.

Masjid tersebut pernah dibakar sebelum ini, namun tidak ada sebarang tangkapan pernah dibuat oleh pihak berkuasa. Lebih 75 peratus tanah di perkampungan itu telah dirampas oleh bagi tujuan penempatan haram pendatang Yahudi, pengkalan tentera dan kawasan tanah simpan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts