SALFIT, 20 May 2015 (PNN) — Pendatang Yahudi membakar 90 pohon zaitun di bandar Sarta berdekatan Dalfit di Tebing Barat. Pasukan bomba rejim Zionis dilaporkan tiba di tempat kejadian namun tidak mengambil sebarang usaha untuk membantu.

Bandar Sarta terletak di antara penempatan haram Brukin dan Ariel, di mana pendatang Yahudi sering menggunakan kawasan tersebut sebagai laluan pintas.

Sebelum ini, kebun zaitun di kawasan tersebut sering menjadi sasaran pendatang Yahudi, di mana ribuan pohon telah dirosakkan.

Bulan lalu, pendatang Yahudi telah mencabut 450 pohon zaitun yang ditanam oleh penduduk Palestin. Mereka di percayai datang dari penempatan haram Immanuel yang terletak bersebelahan perkampungan Deir Istiya. Sementara Ahad lalu, pendatang haram dari penempatan Azfar dan Bani Kadim di selatan Tebing Barat telah mencabut dan mencuri 800 pohon zaitun.

Tentera Zinis dan pendatang Yahudi dilaporkan menebang atau memusnahkan lebih 755 pohon zaitun sepanjang bulan April lau. Sepanjang tahun 2014, sebanyak 10,596 pohon zaitun dan anak pokok telah dicabut.

SHARE