BAITULMAQDIS, 2 Okt 2018 — Dengan tibanya tarikh akhir untuk rejim Zionis menghalau penduduk keluar dan meroboh perkampungan Khan al-Ahmar, gerombolan pendatang Yahudi tengahari tadi menceroboh masuk perkampungan Badwi itu untuk membanjirinya dengan air najis kumbahan.

Pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Kfar Adummim menyerbu Khan al-Ahmar dan berjaya melepaskan air najis, sebelum akhirnya dihalang dan dihentikan oleh penduduk dan aktivis-aktivis antarabangsa.

Pada 5hb September lalu, Mahkamah Tinggi Zionis memberi tempoh sehingga 1hb Oktober bagi penduduk Khan al-Ahmar meroboh rumah-rumah dan mengosongkan perkampungan mereka.

Rejim Zionis merancang untuk meluaskan kawasan penempatan haram Kfar Adummin dengan merampas tanah Khan al-Ahmar, di bawah projek “E1” bagi membentuk wilayah-wilayah penempatan haram yang bersambungan dari Baitulmaqdis sehingga ke kawasan berdekatan Laut Mati. Projek ini sekaligus akan memisahkan wilayah Baitulmaqdis daripada wilayah Palestin yang lain.

(Maan, IMEMC)

SHARE