Pendatang Yahudi berpesta sepanjang malam di Masjid Ibrahimi

AL-KHALIL, 18 Sep 2017 — Lebih 3,000 pendatang Yahudi menyertai pesta yang diadakan di dataran Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil sepanjang malam tadi.

Mereka memasang peralatan audio-visual, menjerit-jerit slogan anti-Arab sambil menari. Mereka turut melaungkan pengisytiharan Masjid Ibrahimi sebagai milik Yahudi, di mana bendera-bendera Zionis dipancar ke dinding masjid bersejarah itu.

Dalam ucapan kepada para pendatang Yahudi, seorang rabbi memuji kejayaan menubuhkan sebuah majlis perbandaran mereka sendiri di tengah-tengah kota penduduk Palestin itu.

Tentera Zionis mengenakan sekatan ketat untuk menghalang penduduk Palestin daripada melepasi sekatan Abu al-Rish. Pagar-pagar elektronik di pasang berdekatan pintu masuk masjid di sebelah barat bagi memeriksa para jemaah.

(PIC, IMEMC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts