Pendatang Yahudi Berpindah Ke Rumah Milik Keluarga Palestin

hamdullah-01BAITULMUQADDIS, 2 SEPTEMBER 2012 – Peneroka Yahudi yang kawal oleh polis rejim Zionis telah berpindah masuk ke sebahagian daripada bangunan rumah sebuah milik keluarga Palestin di Baitulmuqaddis Timur, menurut laporan Maan News Agency.

Pihak berkuasa rejim Zionis Yahudi telah mengeluarkan araham supaya keluarga Hamdullah berpindah meninggalkan sebahagian daripada kawasan rumah mereka di kejiranan Ras al-Amud di Silwan selepas sebuah mahkamah Yahudi memutuskan bahawa seorang pendatang Yahudi menjadi pemilik kepada sebuah bilik berukuran 15 meter persegi di atas tanah tersebut.

Keluarga Hamdullah mendakwa mereka tinggal di premis itu sejak tahun 1952, selepas membeli keseluruhan tanah tersebut dari keluarga al-Ghoul.

Walaubagaimanapun, menurut laporan akhbar Haaretz, Irwin Moskowitz yang merupakan seorang jutawan pendatang Yahudi dari Amerika dan penaung kepada kelompok pendatang Yahudi telah membeli tanah tersebut pada tahun 1990 dari sekumpulan Ortodoks Yahudi. Ortodoks Yahudi tersebut dikatakan telah membeli tanah berkenaan sebelum tahun 1948 lagi.

Pada tahun 2005, sebuah mahkamah di Baitulmaqdis memutuskan bahawa keluarga Hamdallah mesti mengosongkan semua bangunan rumah yang dibina selepas tahun 1989.

Keluarga Hamdullah mendakwa Yahudi merancang supaya keluarganya hidup dalam keadaan tertekan dan perit, dengan harapan mereka akhirnya terpaksa meninggalkan rumah tersebut keseluruhannya.

Menurut laporan Haaretz lagi, pendatang-pendatang Yahudi bertindak membina pagar mengelilingi bilik yang dituntut oleh Moskowitz beserta lamannya, memisahkan bahagian tersebut dari kawasan lain di rumah itu.

Moskowitz merancang untuk meluaskan kawasan pendudukan Maaleh Hazeitim, sebuah pendudukan pendatang Yahudi yang terbesar di Baitulmuqaddis Timur, dengan merangkumi kawasan di atas tanah berkenaan.

Rumah Hamdullah terletak dalam kejiranan yang penting berhampiran Masjid al-Aqsa, tapak beberapa penempatan pendatang Yahudi dan kontroversi tindakan Yahudi menggali kesan-kesan arkeologi. Penduduk Palestin bimbang tindakan Yahudi ini bertujuan untuk mengukuhkan kawalan Zionis Yahudi di kawasan kritikal itu.

Rejim Zionis Yahudi merampas Baitulmuqaddis Timur selepas perang 1967 – satu tindakan yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Keluarga Hamdullah (foto tahun 2009.) Keluarga ini tinggal di rumah mereka sejak tahun 1952.
Keluarga Hamdullah (foto tahun 2009.) Keluarga ini tinggal di rumah mereka sejak tahun 1952.
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts