Pendatang Yahudi bertempur dengan penduduk bandar Huwara

NABLUS, 26 Jun 2016 (PIC) — Pertempuran tercetus di antara penduduk Palestin dan pendatang Yahudi yang dilindungi oleh pasukan tentera di bandar Huwara di selatan Nablus petang semalam.

Puluhan pendatang Yahudi menceroboh masuk dan menutup laluan utama bandar Huwara, dengan dilindungi oleh pasukan tentera Zionis, kononnya untuk membantah serangan membaling batu ke atas kenderaan Yahudi.

Kehadiran dan provokasi pendatang Yahudi dan tentera Zionis di bandar tersebut mengundang penduduk Palestin berarak di jalan dengan mengibar bendera Palestin, yang kemudiannya mencetuskan pertempuran.

Tentera melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penduduk Palestin. Seorang pemuda, Asem al-Hawwari, ditangkap dalam kejadian tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts