Pendatang Yahudi bina khemah di perkarangan Masjid Ibrahimi

AL-KHALIL, 11 Julai 2018 — Pendatang Yahdui membina sebuah khemah besar di perkarangan Masjid Ibrahimi di al-Khalil pagi tadi, selepas menebang beberapa batang pokok dan mencetus provokasi ke atas penduduk Islam.

Masjid Ibrahimi terletak di Kota Lama al-Khalil. Seramai 160,000 penduduk Islam tinggal di Kota Lama, di samping sekitar 800 pendatang Yahudi yang dikawal oleh lebih 1,000 anggota tentera Zionis.

Pada tahun 1994 pelampau Yahudi dari Amerika, Baruch Goldstein, menembak mati 29 orang ahli jemaah yang sedang bersujud solat Subuh. Sejak peristiwa itu, Masjid Ibrahimi dibahagi kepada dua kawasan; 45% untuk kegunaan sebagai masjid manakala 55% lagi dijadikan sebagai kawasan sinagog Yahudi.

Rejim Zionis tunduk kepada desakan pendatang Yahudi dengan mengharamkan laungan azan di masjid bersejarah itu sebanyak 298 kali sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts