Pendatang Yahudi cedera ditikam, pemuda Palestin menjadi suspek

BAITULMAQDIS, 11 Jun 2018 — Seorang wanita muda pendatang Yahudi cedera ditikam di kota Afula yang terletak dalam Wilayah Palestin 1948 tengahari tadi.

Wanita berumur 18 tahun itu dilaporkan mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital HaEmek. Manakala seorang pemuda Palestin yang menjadi suspek telah ditangkap selepas dikejar dan ditembak oleh pasukan polis Zionis.

Pemuda terbabit Nour al-Din Shinnawi, 23, adalah seorang penduduk kota Jenin di utara Tebing Barat. Beliau ditembak di bahagian kaki.

(IMEMC, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts