AL-QUDS, 12 Sep 2017 — Segerombolan 57 pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareebah pagi tadi, dengan dikawal ketat oleh pasukan polis Zionis.

Mereka melakukan ritual di Pintu al-Silsila sebelum beredar keluar, sambil membuat provokasi terhadap para jemaah.

Polis Zionis turut menangkap pekerja jawatankuasa pemulihan masjid dari Jabatan Wakaf, Mahmoud Anati, di perkarangan tapak suci Islam itu. Semalam, rakannya Anas al-Dabagh dikenakan hukuman larangan memasuki Masjid al-Aqsa selama 15 hari.

SHARE