Pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 28 Jan 2016 (PIC) — Sembilan pendatang Yahudi menceroboh masuk dan berarak meninjau perkarangan Masjid al-Aqsa semalam, dengan dikawal ketat oleh polis Zionis dan pasukan keselamatan khas.

Sekumpulan Muslimat yang dihalang memasuki masjid suci umat Islam itu bertindak duduk mengadakan protes secara aman di Pintu Hitta, tanpa menghiraukan cuaca sejuk yang mencengkam.

Usaha pendatang dan pelampau Yahudi menceroboh masuk ke perkarangan Masjid al-Aqsa terus berlaku sungguhpun tindakan provokasi mereka itu mencetuskan Intifadah al-Quds sejak Oktober tahun lalu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts