Pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 31 Julai 2016 (PIC) — Segerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dengan dikawal oleh pasukan keselamatan Zionis pagi tadi.

Sebahagian daripada pendatang cuba melakukan ritual agama mereka, sehingga mencetus ketegangan dan kemarahan di kalangan para jemaah masjid yang kemudiannya membantah dengan laungan takbir.

Dalam pada itu, kumpulan Muslimah terus mengadakan perhimpunan di pintu-pintu masuk masjid bagi membantah tindakan polis Zionis menyekat mereka memasuki masjid suci itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts