Pendatang Yahudi Ceroboh Masuk Al-Aqsa

AL-QUDS, 22 Nov 2015 (PIC) — Sekumpulan pendatang Yahudi pagi tadi menceroboh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa dengan dilindungi oleh polis Zionis.

Pencabulan mereka ke atas masjid ketiga paling suci bagi umat Islam itu sekaligus menghasut para jemaah yang berada di situ untuk memprotes kehadiran mereka.

Pada masa yang sama, polis Zionis yang berkawal di luar masjid menangkap seorang pemuda Palestin dan membawa beliau ke sebuah pusat interogasi.

Pengarah Masjid Al-Aqsa, Sheikh Omar al-Kiswani, menyatakan seorang pelampau cuba melakukan ritual agama Yahudi berdekatan dewan solat al-Marwani, sebelum pasukan polis campur tangan dan mengiringi beliau keluar dari kawasan masjid.

Sheikh Omar menambah bahawa sebahagian daripada pendatang tersebut membuat provokasi dengan mendakwa kawasan tersebut sebagai Bukit Haikal [Temple Mount] dan mengugut untuk meningkatkan lagi pencerobohan mereka ke atas kawasan tapak suci umat Islam itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts