Pendatang Yahudi ceroboh masuk kawasan perkuburan Islam di Salfit, lakukan ritual

SALFIT, 28 Julai 20176 (Maan) — Sekumpulan pendatang Yahudi yang diiringi oleh tentera Zionis menceroboh masuk tanah perkuburan Islam di perkampungan Kifl Haris di wilayah Salfit untuk melakukan ritual agama mereka.

Beberapa makam terbina di situ, dipercayai oleh penduduk sebagai makam Nabi Zulkifli, ahli sufi Zul-Nun, dan sebuah lagi makam yang dibina oleh Sultan Salahuddin pada abad ke-12.

Penganut Yahudi pula mendakwa ia adalah tempat persemadian Joshua, Caleb dan Nun.

Kifl Haris terletak di jalan utama yang menghubungkan penempatan haram Ariel dengan kota al-Quds dan Tel Aviv. Penganut Yahudi yang berkunjung ke situ sering mengganggu penduduk Palestin dan merosakkan harta mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts