Pendatang Yahudi ceroboh tanah pertanian, musnahkan tanaman

BEIT LAHM, 29 Jun 2016 (Maan) — Segerombolan pendatang Yahudi dari penempatan haram Beitar Illit menceroboh masuk tanah pertanian penduduk Palestin di perkampungan Wadi Fukin di Beit Lahm, kemudian memusnahkan dua buah rumah hijau dan mencabut tanaman serta mencoret grafiti “bunuh kaum Arab.”

Pendatang Yahudi dari Beitar Illit, yang dibina di atas tanah Palestin di perkampungan Husan, Nahalin dan Wadi Fukin sebagai sebahagian daripada blok penempatan Gush Etzion, sering menyerang penduduk Palestin dan memusnahkan harta mereka. Sebanyak 51 serangan dilaporkan sejak awal tahun 2016.

Rejim Zionis tidak pernah mendedahkan bilangan pendatang Yahudi di Tebing Barat dan al-Quds Timur, namun pertubuhan-pertubuhan hak asasi sependapat bahawa sekitar 600,000 daripada mereka menduduki wiayah Palesitn secara haram sekaligus mencabul undang-undang antarabangsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts