SALFIT, 9 Okt 2017 — Segerombolan pendatang Yahudi menyerbu dan menceroboh masuk tapak arkeologi Palestin di kawasan Dar al-Dareb di bandar Qaraqat Bani Zeid di utara wilayah Salfit.

Kawasan Dar al-Dareb adalah sebuah warisan Roman mirip kota Petra di Jordan.

Rejim Zionis berusaha untuk memadam identiti Palestin dan memalsu sejarah tapak berkenaan, di samping merancang untuk meluaskan kawasan penempatan haram dengan memusnahkan tapak-tapak bersejarah Palestin.

SHARE