Pendatang Yahudi cuba culik 2 kanak-kanak Palestin di Nablus

NABLUS, 7 Feb 2018 — Penduduk Palestin hari ini berjaya menyelamatkan dua orang kanak-kanak daripada diculik oleh sekumpulan pendatang Yahudi di bandar Madama, selatan kota Nablus.

Seramai 12 orang pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Yitzhar menceroboh masuk ke bandar Madama dan menangkap dua kanak-kanak Hossam Ziadeh, 10, dan Taha Ziadeh, 8, yang sedang bermain berdekatan rumah mereka.

Pemuda-pemuda Palestin bagaimanapun berjaya mengejar kumpulan pendatang terbabit dan membebaskan mangsa sebelum di bawa masuk ke dalam penempatan haram Yitzhar.

Pertempuran di antara penduduk dan pendatang Yahdui tercetus selepas insiden tersebut, sebelum tentera Zionis tiba dan mengiring pendatang Yahudi beredar dari situ.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts