JENIN, 10 Jan 2018 — Segerombolan pendatang Yahudi mendekati dan cuba menyerang keluarga seorang tahanan remaja perempuan Palestin yang baharu dibebaskan selatan Tulkarem.

Amal Qubaha, 17, yang berasal dari bandar Umm al-Rayhan di selatan Jenin dibebaskan setelah merengkok dalam penjara selama 18 bulan. Beliau dibebaskan di sekatan Jabara di selatan Tulkarem, di mana keluarga dan rakan-rakan beliau menunggu.

Gerombolan pendatang Yahudi mendekati keluarga tersebut secara provokatif dengan mengibar bendera Zionis dan melaung slogan anti Arab. Bagaimanapun, pasukan tentera mengiring mereka beredar dari kawasan.

(PIC)

SHARE