GAZA, 17 Dis 2018 — Pendatang-pendatang Yahudi berdemonstrasi di pintu lintasan komersial utama sempadan Gaza di Karem Abu Salem (Kerem Shalom), selatan Gaza, mendesak ia ditutup dan diharamkan ekspot barangan ke Gaza.

Mereka berdemonstrasi dengan membakar tayar di atas jalan menuju ke Karem Abu Salem.

Terdapat tiga pintu lintasan di Gaza, dua daripadanya dikawal oleh rejim Zionis dan satu lagi oleh Mesir. Pintu Beit Hanoun (Erez) di utara Gaza adalah khusus untuk pejalan kaki, sementara Karem Abu Salem dikhususkan untuk kemasukan barang dagangan dan minyak. Manakala pintu Rafah di sempadan Mesir sering ditutup.

(MEMO)

SHARE