BAITULMAQDIS, 27 Mac 2018 — Polis Zionis memberi kebenaran kepada kumpulan pendatang Yahudi melakukan ritual sembelihan bersempena perayaan Paskah Yahudi, pada jarak hanya beberapa meter dari Masjid al-Aqsa.

Aktivis pelampau dari kumpulan Bukit Haikal (Temple Mount) telah melakukan ritual sembelihan sejak lebih 10 tahun lalu di wilayah Palestin 1948, namun tidak pernah melakukannya di kawasan berdekatan dengan Masjid al-Aqsa.

Ritual tersebut dilakukan malam tadi di laluan masuk ke Pusat Davidson, yang juga dikenali sebagai Taman Arkeologi al-Quds yang terletak bersebelahan Tembok al-Buraq.

Mereka menyembelih dua ekor biri-biri di samping menyaksikan persembahan, dengan dihadiri oleh rabai-rabai kanan dan ratusan pendatang Yahudi.

(PIC)

SHARE