AL-QUDS, 9 Okt 2017 — Kira-kira 500 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dan melakukan ritual sambil berikrar untuk membina kuil mereka di atas tapak suci itu.

Presiden Temple Institute, Rabbi Yisrael Ariel, yang turut menceroboh masuk menyatakan rasa puas hati beliau dengan peningkatan usaha pendatang Yahudi memasuki tapak suci umat Islam itu. “Sebelum ini, semua orang menyebut Tembok Barat di sana dan Tembok Barat di sini. Kita di sini, menghadiri upacara, merasakan Tembok Barat hanyalah satu perhentian menuju ke matlamat utama – matlamat kita adalah Kuil [Masjid al-Aqsa]. Ia mungkin memakan masa, tetapi sekarang sudah menjadi kenyataan dan tiada siapa yang dapat menghalangnya,” kata beliau.

Beliau menekankan betapa penting penganut Yahudi mengamalkan ritual mereka di Masjid al-Aqsa, untuk mengukuhkan lagi kempen menggantikan Masjid al-Aqsa dengan sebuah kuil. “Seperti peperangan, kita tidak boleh ke medan perang tanpa latihan. Kita mesti melatih mereka dengan ilmu peperangan, jika tidak mereka akan kalah,” tegas beliau.

SHARE