BAITULMAQDIS, 1 Apr 2019 — Gerombolan pendatang Yahudi yang terlibat aktif dalam rancangan Yahudisasi kota Baitulmaqdis telah membeli dan menguasai kawasan hutan simpan di kota suci Islam itu, dengan melibatkan bantuan serta rancangan licik rejim Zionis.

Laporan media Zionis menyebut pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Elad telah berjaya membatalkan status hutan simpan dan mempromosikannya sebagai projek yang mendukung penempatan Yahudi. Kawasan seluas 550 hektar itu, yang digelar Hutan Salam, terletak di antara wilayah Abu Tur di selatan Baitulmaqdis dan sempadan penempatan haram Armon Hantsiv di timur Baitulmaqdis.

Sementara penduduk Palestin disekat daripada menggunakan tanah tersebut, organisasi Elad diberikan kebebasan oleh rejim Zionis untuk mengendalikannya.

Sejak 1967, rejim Zionis telah membina belasan penempatan haram di kota Baitulmaqdis, untuk menenmpatkan sekitar 200,000 pendatang Yahudi.

(PIC)

SHARE