QALQILYA, 9 Apr 2018 — Seorang pemandu pendatang Yahudi melanggar sekumpulan kanak-kanak sekolah Palestin di laluan masuk utama Sekolah Lelaki Git di kota Qalqilya di utara Tebing Barat pagi tadi, mencederakan tiga daripada mereka.

Tiga mangsa yang berumur antara 10 dan 11 tahun itu dikejarkan ke Hospital Khas Nablus untuk mendapat rawatan kecemasan.

Sepasukan peronda tentera Zionis tiba di tempat kejadian, namun pendatang Yahudi terbabit tidak ditangkap mahupun disoal siasat.

(PIC)

SHARE