Pendatang Yahudi Merusuh Dan Menyerang Penduduk Palestin Di Tebing Barat

NABLUS, 2 Okt 2015 (Maan) — Ratusan orang pendatang Yahudi merusuh di sekitar Tebing Barat lewat semalam dengan menyerang rumah-rumah dan kenderaan penduduk Palestin berikutan insiden pembunuhan seorang askar Zionis dan isterisnya di sini.

Di perkampungan Beitillu di Ramallah, pendatang membakar sebuah kereta dan melukis grafiti “Balas dendam Henkin” padatembok berdekatan. Tiada kecederaan dilaporkan.

Eitam dan Naama Henkin ditembak semalam ketika menaiki kenderaan di sebuah kawasan antara penempatan haram Itamar dan Elon More. Empat anak mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sejurus selepas insiden tembakan itu, lebih 200 pendatang Yahudi cuba menyerang bandar Huwwara di selatan Nablus, dengan dikawal dan dilindungi oleh tentera Zionis. Manakala penduduk Palestin menggunakan pembesar suara masjid untuk menggerakkan penduduk keluar menghalang pendatang masuk menceroboh.

Sekumpulan besar tentera Zionis menyerbu masuk kampung Beit Furik dan menggeledah kawasan di perkampungan sekitar. Pada masa yang sama pendatang Yahudi menyerang Burin dan menghentam kenderaan penduduk Palestin dekat sekatan pemeriksaan Huwwara dan juga jalan utama. Lebih 15 buah kenderaan penduduk Palestin dirosakkan, termasuk sebuah ambulan. Ambulan tersebut sedang dalam perjalanan untuk membantu penduduk Palestin yang mengalami sesak nafas akibat serangan gas pemedih mata di Burin.

Bashir Jibril Qadus dan tiga ahli keluarganya terpaksa mendapatkan rawatan di hospital apabila tercedera dalam serangan gas pemedih mata dan bom pelali di kampungnya. Seorang lagi penduduk Palestin tercedera dan dirawat di sebuah hospital selepas sekumpulan pendatang menghentam keretanya di kawasan tersebut.

Manakala seorang pegawai keselamatan Pihak Berkuasa Palestin turut diserang di sekatan Zatara.

Kawasan Nablus dikepung sepanjang malam berkutan kematian pasangan Henkin tersebut. Sekatan pemeriksaan di Huwwara dan Beit Furk ditutup oleh tentera Zionis, manakala pendatang Yahudi menutup beberapa jalan utama di timur Nablus.

Di Tulkarem pula, kira-kira 60 keluarga Palestin dihalang daripada meninggalkan sebuah taman berdekatan penempatan haram Shavei Shomron apabila pendatang Yahudi menyekat jalan utama ke tempat tersebut. Pegawai perhubungan Palestin, Muhammad Yasin menyebut bahawa pegawai keselamatan terpaksa campur tangan dan membuka laluan selamat untuk keluarga terlibat pulang.

Di Ramallah, pendatang Yahudi di Beit El menyerang kenderaan penduduk Palestin, sambil diperhatikan oleh tentera Zionis, ketika pedatang Yahudi berarak dari kawasan penempatan haram menuju ke jalan utama. Pendatang Yahudi juga dilaporkan menyerang perkampungan Sinjil di utara Ramallah setelah mereka menutup lebuhraya utama yang menghubungkawa kawasan selatan dan utara, dan menyerang kawasan Al-Khalil dan Bethlehem.

Kawasan Nablus terdedah kepada serangan pendatang Yahudi kerana kedudukan yang berdekatan di antara perkampungan Palestin dan penempatan haram Yahudi.

30 Julai lalu, pendatang Yahudi membakar rumah keluarga Dawabsha di perkampungan kecil Duma, sekaligus membakar hidup-hidup bayi 18 bulan. Kedua ibubapanya meninggal dunia beberapa minggu selepas itu, manakala abangnya masih lagi menjalani rawatan di hospital.

Rejim Zionis mengerahkan ratusan tentera ke seluruh Tebing Barat bagi menjejak orang yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan pasangan Henkin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts