NABLUS, 13 Jan 2019 — Segerombolan pendatang Yahudi hari ini memusnahkan 1,000 semaian pokok yang bakal ditanam di perkampungan Burqa di wilayah Nablus.

Ketika kejadian, gerombolan pendatang dari kawasan penempatan haram Homesh itu turut menyerang sebuah rumah penduduk Palestin. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

Penduduk merancang untuk menanam semaian terbabit di sebidang tanah yang akan dijadikan sebagai kawasan hutan simpan semulajadi.

Pendatang Yahudi turut menyelinap masuk ke perkampungan Burqa malam tadi, menyerang rumah-rumah penduduk dengan membaling batu.

Minggu lalu, pendatang Yahudi mencabut dan mencuri pokok-pokok badam dan zaitun yang baru ditanam oleh penduduk di perkampungan Yanoun, selatan Nablus.

(PIC, IMEMC, Maan)

SHARE