Pendatang Yahudi musnahkan kebun anggur di al-Khalil

AL-KHALIL, 22 Mei 2018 — Gerombolan pendatang Yahudi hari ini memusnahkan 700 pohon anggur milik petani Palestin di bandar Halhoul, utara wilayah al-Khalil.

Pohon-pohon anggur tersebut merupakan milik empat petani iaitu dua-beradik Maher dan Ismail Karja, Younes Abu Arish dan Walid Duhdel. Tanaman tersebut dipotong dengan menggunakan gergaji elektrik.

Minggu lalu, segerombolan pendatang Yahudi memotong 300 pohon anggur di kawasan Umm Sahali berdekatan bandar Halhoul.

(IMEMC, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts