Pendatang Yahudi Musnahkan Pokok Zaitun Selepas Dihalau

NABLUS, 8 Jan 2018 — Pendatang Yahudi dari kawasan pos penempatan haram Elon Moreh petang tadi memusnahkan lebih 50 pokok-pokok zaitun di kawasan Ras al-Ein di perkampungan Deir al-Hatab, timur wilayah Nablus.

Kebun tersebut adalah milik penduduk Palestin, Mohammad Nayef Omran.

Mereka bertindak demikian hanya sejam selepas gerombolan pendatang Yahudi dihalau keluar dari sebuah kemah yang mereka bina di atas penduduk Palestin di kawasan tersebut.

Sekurang-kurangnya 423 pos penempatan Yahudi dibina di sekeliling kawasan masyarakat Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis, meliputi 46% daripada tanah penduduk Palestin.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts