NABLUS, 25 Feb 2018 — Pendatang Yahudi dari pos-pos haram sekitar penempatan haram baharu Amichai pagi tadi mengambil kesempatan daripada kerja-kerja pembinaan di kawasan tersebut untuk merampas 12 hektar tanah di perkampungan Jaloud, selatan Nablus.

Gerombolan pendatang dari pos-pos berdekatan, dengan pakatan rahsia tentera Zionis, membajak tanah milik penduduk Palestin, termasuk Hisham Ahmed Haj Muhammad, Mahmoud Fawzi Haj Mohammed dan Ahmed Abdul Ghani Haj Mohammed, dan mula menanam pokok gandum dan anggur.

(IMEMC, PIC, PNN)

SHARE