Pendatang Yahudi rampas kebun penduduk Palestin di Nablus

NABLUS, 26 Nov 2018 — Segerombolan pendatang Yahudi hari ini merampas kebun milik tiga keluarga Palestin di bandar Jaloud, selatan kota Nablus.

Tentera Zionis mengiring pendatang dari pos penempatan Ihyah, yang dibina secara haram di atas tanah penduduk Jaloud, merampas kebun yang sebahagiannya telah ditanam dengan pokok zaitun dan tin sejak beberapa dekad lalu.

Tanah seluas satu hektar itu terletak berdekatan rumah-rumah penduduk Palestin dalam Kawasan C, yang telah diancam untuk dirobohkan. Kawasan C merupakan 61% wilayah Tebing Barat yang dikawal sepenuhnya oleh tentera Zionis. Pemilik tanah dihalang memasukinya sejak tahun 2001, apabila ia diisytharkan sebagai zon larangan tentera.

Rejim Zionis berusaha membawa masuk lebih ramai pendatang Yahudi ke Jaloud dengan membenarkan pembinaan pos-pos penempatan haram baharu serta meluaskan penempatan sedia ada.

Jaloud kini dikelilingi oleh lima kawasan penampatan haram Yahudi iaitu Shavut Rachel, Amihai Baru, Ihyah, Weish Koudec dan Kida.

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts