BAITULMAQDIS, 3 Okt 2018 — Gerombolan pendatang Yahudi hari ini merampas sebuah bangunan kediaman penduduk Palestin di kejiranan Wadi Hilweh di bandar Silwan, selatan Masjid al-Aqsa.

Bangunan dua buah apartmen itu didiami oleh keluarga Maswada, yang menyewa bangunan tersebut sejak 30 tahun lalu. Ia dimiliki oleh keluarga Fatiha yang kini menetap di Amerika.

Pendatang Yahudi, dengan diiringi oleh pasukan polis, memecah masuk dua apartmen tersebut dan memaksa semua penghuni termasuk wanita dan kanak-kanak keluar, tanpa membenarkan mereka membawa keluar barang-barang.

(PIC, Maan)

SHARE