AL-KHALIL, 4 Jun 2018 — Segerombolan pendatang Yahudi merampas sebuah rumah penduduk Palestin di Jalan al-Sahla, di Kota Lama al-Khalil tengahari tadi.

Mereka memecah masuk dan merampas rumah tersebut, dengan diiringi oleh sepasukan tentera Zionis.

Rumah tersebut merupakan sebahagian daripada kawasan kejiranan Qaitoun, dan memerlukan kerja-kerja pemulihan. Ia dikosongkan sejak tahun 2001, di mana tentera Zionis menutup kawasan itu dan menghalang penduduk Palestin memasuki rumah-rumah dan kedai-kedai mereka di yang terletak di dalamnya. Sementara itu, pendatang Yahudi dibenarkan masuk menggunakan rumah dan kedai milik penduduk Palestin.

(PIC, IMEMC, PNN)

SHARE