NABLUS, 8 Jan 2018 — Segerombolan pendatang Yahudi melancarkan dua serangan di bandar Burin, selatan wilayah Nablus petang tadi.

Puluhan pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Yitzhar menyerbu bahagian timur bandar Burin dan merosakkan rumah serta kenderaan, sehingga mencetus pertempuran dengan penduduk.

Tentera Zionis berkerah ke tempat kejadian dan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah penduduk.

Serangan juga dilakukan oleh gerombolan pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Bracha ke atas penduduk Palestin di utara bandar Burin.

(PIC)

SHARE