Pendatang Yahudi rosakkan tanah perkuburan tentera Iraq di Jenin

JENIN, 25 Okt 2017 — Pendatang Yahudi yang diiringi oleh pasukan tentera Zionis menceroboh masuk dan merosakkan tanah perkuburan tentera Iraq di selatan wilayah Jenin pagi tadi.

Tentera mengepung Dataran al-Shuhadaa dan Berkin di awal pagi serta menutup kawasan tersebut dengan membina sekatan jalan, sebelum mengambil gambar rumah-rumah dan bangunan-bangunan Palestin di situ.

Segerombolan pendatang Yahudi memasuki kawasan tersebut dan menyerbu tanah perkuburan syuhada tentera Iraq yang berjuang dalam peperangan Arab-Israel pada tahun 1948.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts