Pendatang Yahudi serang aktivis Palestin di al-Khalil

AL-KHALIL, 5 Mei 2016 (Maan) — Aktivis sosial media Raed Abu Mayyala berjaya diselamatkan oleh penduduk Palestin dan dikejarkan ke Hospital Ali selepas jatuh pengsan ketika diserang ganas oleh segerombolan pendatang Yahudi berdekatan Masjid Ibrahimi di kota al-Khalil.

Raed yang tinggal berdekatan sebuah stesen polis Zionis dan Masjid Ibrahimi – yang merupakan pusat ketegangan di antara pendatang Yahudi dan penduduk asal Palestin – membuat dokumentasi bergambar tentang keganasan pendatang Yahudi.

Rumah beliau terletak dalam kawasan H2, iaitu kawasan al-Khalil yang dikawal sepenuhnya oleh tentera Zionis.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts