Pendatang Yahudi Serang Penduduk Nablus Selepas Pembunuhan Rabai

NABLUS, 9 Jan 2018 — Puluhan pendatang Yahudi menyerang penduduk Palestin di beberapa buah perkampungan berdekatan kawasan penempatan haram Havat Gilad di timur wilayah Nablus, selepas seorang rabai Yahudi mati akibat ditembak malam tadi.

Rabai tersebut cedera parah dan dikejarkan ke sebuah hospital selepas ditembak ketika memandu di laluan masuk ke Havat Gilad.

Ratusan pendatang Yahudi berhimpun di persimpangan Huwwara sambil merusuh dan melaungkan slogan perkauman terhadap penduduk Palestin dan Arab. Mereka memecah kereta-kereta penduduk Palestin di persimpangan penempatan haram Shilo Elyah serta sekatan-sekatan jalan di Yitzhar dan Hawara.

Dalam pada itu, tentera Zionis bersama pasukan khas dan pasukan simpanan dikerahkan ke beberapa kawasan kejiranan di barat Nablus, Tel Street dan Al-Makfiha, serta beberapa buah perkampungan. Mereka turut merampas rakaman kamera keselamatan.

(PNN, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts