NABLUS, 13 Feb 2018 — Ratusan orang pendatang Yahudi merosakkan kenderaan dan menyerang penduduk Palestin di bandar Awarta di timur Nablus sebelum menyerbu kawasan sebuah makam bersejarah, dengan dikawal oleh pasukan tentera Zionis.

Gerombolan pendatang Yahudi turut menyerbu bandar Git di barat Nablus, memecahkan cermin dan merosakkan kenderaan penduduk Palestin serta menyembur gafiti perkauman seperti “balas dendam” dan “bunuh kaum Arab”.

(Maan, IMEMC, PNN)

SHARE