Pendatang Yahudi serang perkampungan Palestin, curi ternakan

BEIT LAHM, 14 Feb 2018 — Kira-kira 30 pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Yitzhar menyerang dan merosakkan dua buah rumah keluarga Palestin di perkampungan Asira al-Shamaliya di wilayah Nablus pada jam 5:00 pagi tadi.

Gerombolan pendatang terbabit meninggalkan kawasan kejadian setelah penduduk Palestin datang membantu keluarga mangsa, Ahmad Daoud dan Jawad Abdul-Ra’ouf.

Mereka mengepung rumah-rumah mangsa sebelum mula membaling batu dari semua arah dan merosakkan tangki air serta merosakkan panel solar yang dipasang di atas bumbung rumah.

Penduduk percaya tentera Zionis yang berkawal di sebuah menara yang terletak hanya 30 meter dari rumah mangsa telah membantu para pendatang menyerang. Mereka tidak mempunyai laluan lain untuk memasuki kawasan perkampungan tersebut kecuali melalui kawasan menara kawalan serta mendapat kebenaran pihak tentera.

Sementara itu, gerombolan pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Bracha mencuri hampir 50 ekor ternakan biri-biri milik petani Amir Qadous selepas menyerang beliau di bandar Iraq Burin, barat daya Nablus.

Sebahagian besar penduduk di situ bergantung hidup sepenuhnya kepada usaha menternak haiwan.

(IMEMC, PIC, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts