Pendatang Yahudi serang petani Palestin, curi tuaian zaitun

RAMALLAH, 16 Okt 2017 — Puluhan pendatang Yahudi yang dikawal oleh tentera Zionis menceroboh masuk kebun dan mencuri tuaian zaitun milik petani Palestin Ramallah dan Nablus.

Pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Beit Ra’anam mencuri buah zaitun milik petani Ayed Mazloum di perkampungan al-Janiyeh di Ramallah. Manakal di selatan Nablus, gerombolan pendatang Yahudi dari penempatan hawam Rahalim mencuri zaitun milik petani Ali Taher di kawasan al-Talmah berdekatan bandar al-Sawiyeh. Keseluruhannya, mereka mencuri hasil dari lebih 65 pokok zaitun.

Dalam kejadian lain, petani Palestin di perkampungan Qaryut di wilayah Nablus telah diserang oleh gerombolan pendatang Yahudi.

Petani Palestin sering menjadi mangsa serangan pendatang Yahudi hampir setiap hari sepanjang musim menuai zaitun.

Buah zaitun merupakan punca pendapatan utama petani Palestin di Tebing Barat. Di samping ancaman pendatang Yahudi, mereka tidak dapat memasuki kebun kerana terletak dekat dengan kawasan penempatan Yahudi atau terhalang di sebalik Tembok Pemisah.

(Maan, PNN, Alray)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts