Pendatang Yahudi serang petani Palestin di barat Nablus

NABLUS, 16 Okt 0216 (PIC) — Segerombolan pendatang Yahudi dari penempatan haram Havat Gilad menyerang petani Palestin dan menghalang mereka memasuki kebun zaitun di kawasan Jeet, Sarah dan Far’ata di barat Nablus pagi tadi.

Pertempuran di antara pendatang Yahudi dan para petani tercetus, sebelum pasukan tentera tiba dan memberi perlindungan kepada gerombolan pendatang tersebut dan menghalang sebahagian petani daripada memasuki kebun dan memaksa mereka pulang ke rumah.

Para petani telah membuat koordinasi awal dan mendapatkan kebenaran dari pihak tentera Zionis untuk memasuki kawasan kebun mereka untuk menuai zaitun.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts