Pendatang Yahudi serang petani Palestin di Nablus

NABLUS, 15 Jan 2017 (PIC) — Sekitar 30 pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Homesh menyerang seorang petani Palestin yang sedang bekerja di kebunnya di bandar Burqah, di barat laut kota Nablus petang semalam.

Mangsa dikejarkan ke hospital akibat kecederaan dibaling dengan batu dari jarak dekat, sebelum sekumpulan pemuda Palestin tiba dan bertempur dengan gerombolan pendatang Yahudi tersebut.

Pendatang Yahudi sering menyerang petani Palestin di kawasan tersebut, dengan mendapat perlindungan daripada pasukan tentera Zionis. Mereka juga sering menyerang bandar Burqah untuk menimbulkan provokasi.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts