NABLUS, 10 Feb 2019 — Segerombolan pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Yitzhar menyerang sebuah sekolah menengah di perkampungan Urif di Nablus tengahari tadi, memaksa sesi persekolahan dibatalkan.

Dalam kejadian, mereka melepaskan tembakan peluru hidup dan cuba memasuki bangunan sekolah. Tentera Zionis yang tiba kemudian melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah para pelajar yang cuba menghalang serangan.

Sekurang-kurangnya 10 pelajar cedera sesak nafas dan dirawat di tempat kejadian. Susulan kejadian, sekolah terpaksa ditutup dan semua pelajar dihantar pulang.

Tentera Zionis kemudian mengiringi penyerang keluar dari kawasan sekolah. Sekolah Urif telah berulang-ulang kali diserang oleh pendatang Yahudi sejak beberapa bulan lalu.

(Maan, IMEMC, PIC, PNN, WAFA)

SHARE