NABLUS, 9 Okt 2017 — Beberapa pertempuran tercetus di bandar Sabastiya di barat laut kota Nablus apabila ratusan pendatang Yahudi menyerbu masuk untuk menyambut perayaan Sukkot.

Tentera Zionis memasuki bandar Sabastiya di awal pagi sebagai persiapan untuk melindungi para pendatang. Mereka menceroboh masuk tapak sejarah di situ, dan mengisytiharkannya sebagai kawasan larangan tentera untuk tempoh dua hari.

Tentera Zionis turut dikerah ke beberapa lokasi di bandar, di mana mereka memaksa penduduk Palestin berhenti menuai zaitun serta menghalau mereka keluar dari kawasan kebun.

Pertempuran mula tercetus apabila beberapa pelajar sekolah membaling batu ke arah tentera yang melepaskan tembakan gas pemedih mata dan grenad pelali ke arah pemuda Palestin.

SHARE