AL-KHALIL, 13 Julai 2020 — Segerombolan pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Kiryat Arba menebang 70 pohon zaitun milik penduduk Palestin di perkampungan Sa’ir, timur laut al-Khalil.
Dengan dilindungi oleh pasukan tentera Zionis, mereka menebang pohon-pohon berusia 20 tahun milik keluarga Yousef Ismail Jaradat.
Penduduk yang cuba menghalang tindakan mereka dihalang oleh tentera Zionis.
(PNN)