AL-KHALIL, 13 Jan 2019 — Segerombolan pendatang Yahudi menyerbu kawasan taman Masjid Ibrahimi dan mencabut pokok-pokok zaitun yang ditanam pada zaman Roman.

Ketua Jabatan Wakaf, Sheikh Ismael Abu al-Halawa, dan Pengarah Masjid Ibrahimi, Hifthi Abu Sneina, menghubungi pejabat Koordinasi Daerah Palestin dan berjaya memaksa tentera Zionis menghentikan tindakan para pendatang. Bagaimanapun, pihak tentera tidak menangkap pendatang-pendatang terbabit.

(PIC, IMEMC, WAFA)

SHARE