Pendatang Yahudi terus mengganas di al-Khalil, serang keluarga Palestin

AL-KHALIL, 3 Julai 2018 — Segerombolan pelampau Yahudi dari kawasan penempatan haram Asfar menyerang sebuah kereta yang dinaiki oleh keluarga Palestin di kawasan Wadi Sa’ir di timur laut al-Khalil pagi tadi.

Dalam kejadian lain, pendatang Yahudi dari pos penempatan haram di Kota Lama al-Khalil membina beberapa buah khemah di Jalan Shuhada, sebagai langkah awal untuk merampas baki rumah-rumah Palestin yang masih ada di situ, yang akan diserap sebagai sebahagian daripada pos penempatan haram Beit Romano dan Beit Hadassah.

Pada masa yang sama, puluhan pendatang Yahudi mula membina sendiri sebatang jalan yang menghubungkan kejiranan Tel Rumeida dan Jalan Shuhada. Penduduk Palestin dipaksa meninggalkan kawasan Jalan Shuhada sejak 20 tahun lalu.

Suasana di Kota Lama al-Khalil menjadi tegang sejak beberapa hari lalu apabila pendatang Yahudi menyerang penduduk Palestin di kejiranan Tal Rumeida untuk memaksa mereka keluar dari kawasan Kota Lama.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts