Pendatang Yahudi teruskan pencerobohan ke atas al-Aqsa

AL-QUDS, 6 Sep 2016 (PIC) — Beberapa gerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dengan diiringi oleh pasukan polis Zionis pagi tadi.

Mereka cuba melakukan ritual dan mencetus kemarahan, sehingga para jemaah melaungkan takbir bagi menghentikan tindakan provokasi tersebut.

Dalam pada itu beberapa aktivis Muslimat yang masih dihalang memasuki Masjid al-Aqsa terus berkumpul di luar perkarangan tapak suci itu sambil membaca al-Quran.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts