Pendatang Yahudi Tuntut Cukai Ke Atas Penduduk Palestin

AL-KHALIL, 21 Jan 2015 (Ma’an) — Sebuah majlis penempatan haram Yahudi di al-Khalil mengarahkan seorang penduduk Palestin tempatan membayar cukai harta, dengan mendakwa rumah beliau terletak di atas tanah pendatang Yahudi.

Abdul Karim al-Jaabari telah menerima waran yang menuntut bayaran cukai harta sebanyak 88,200 shekels (RM77,000) kepada majlis penempatan Yahudi di Kiryat Arba.

Menurut Abdul Karim, perkara ini tidak pernah berlaku di Tebing Barat dan bertujuan untuk menghalau keluarga beliau keluar dari tanah miliknya itu. “Mereka berusaha menghalau kami keluar sejak 2001,” kata beliau.

Issa Amro, koordinator Youth Against Settlements yang berpengkalan di al-Khalil menolak tuntutan tersebut. “Ini akan bermakna kita mengiktiraf kewujudan penempatan haram, iaitu suatu yang mereka cuba selama ini untuk mendapatkan pemilikan sah ke atas tanah yang mereka duduki dan juga kawasan berdekatan penempatan mereka.”

Penempatan haram Yahudi dibina di atas tanah Palestin yang dirampas, samada milik peribadi penduduk asal mahupun tanah milik awam negara Palestin.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts