Pendatang Yahudi tutup semua laluan masuk ke Nablus

NABLUS, 11 Jan 2018 — Segerombolan pendatang Yahudi menutup semua laluan masuk utama ke kota Nablus malam tadi.

Puluhan pendatang berkumpul di laluan-laluan masuk, menyekat kenderaan sambil melaungkan slogan anti Arab.

Penduduk Palestin menjadi panik apabila para pendatang mula membaling batu ke arah kenderaan mereka, di samping menyembur gas lada pemedih mata ke arah para pemandu.

Pendatang Yahudi meningkatkan serangan ke atas penduduk Palestin selepas insiden kematian seorang rabai Yahudi yang ditembak di Nablus pada hari Selasa lalu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts