Penduduk al-Khalil guna kren untuk angkat kenderaan lepasi halangan jalan

BEIT LAHM, 21 Julai 2016 (Maan) — Penduduk Palestin di al-Khalil kini mula menggunakan kren bagi mengangkat kenderaan mereka melintasi sekatan laluan yang dibina oleh tentera Zionis.

Tentera Zionis secara rutin menimbun tanah dan kotoran di tengah-tengah jalan bagi menghalang kenderaan penduduk Palestin keluar dan masuk wilayah al-Khalil.

Seluruh wilayah al-Khalil dikenakan sekatan oleh tentera Zionis sejak hampir tiga minggu lalu berikutan insiden serangan ke atas pendatang Yahudi.

Penduduk Plestin tidak ada pilihan lain kecuali mengunakan khidmat kren tersebut walaupun terpaksa membayar upah sebanyak 30 shekel.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts