Penduduk al-Nu’man tidak dibenarkan tinggal di perkampungan mereka sendiri

AL-QUDS, 22 Feb 2017 (PM) — Sebelum tahun 1967, Al-Khas dan al-Nu’man merupakan sebuah kawasan perkampungan yang sama dan ditadbir oleh majlis penduduk yang sama, sehinggalah rejim Zionis secara haram menyerap al-Nu’man menjadi kawasan di bawah pentadbiran pihak perbandaran mereka.

Al-Khas ditinggalkan sebagai sebahagian daripada kawasan Tebing Barat.

Bagaimanapun, penduduk al-Nu’man diberi kad pengenalan Tebing Barat, bukan kad pengenalan al-Quds sebagaimana lazimnya diberi kepada penduduk Palestin yang tinggal dalam kawasan yang diserapkan ke dalam kawasan pentadbiran rejim. Oleh kerana itu, penduduk terbabit dikira sebagai penduduk haram, sekalipun tinggal di rumah dan perkampungan asal mereka.

Keadaan semakin parah dengan pembinaan Tembok Pemisah mengelilingi perkampungan tersebut serta pembinaan sebuah sekatan tentera di satu-satunya jalan keluar-masuk ke al-Nu’man.

Penduduk dinafikan kebenaran membina bangunan, menyebabkan keluarga besar mereka terpaksa berkongsi hidup di bawah satu bumbung.

Pelawat, termasuk ahli keluarga dan doktor, tidak dibenarkan masuk dan bahan makanan dikekang, hanya bagi memberi tekanan hidup supaya meninggalkan tanah mereka.

Sehingga kini, 250 penduduk al-Nu’man tetap bersabar mempertahan tanah mereka.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts